Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Thursday, 1 September 2016

Abah : 19.10.1947 - 25.08.2016






Assalamualaikum wbt..

Entry ni bukan sempena hari bapa atau hari merdeka. Tapi entry khas untuk insan yang digelar Abah. Bapa mertua ku yang disayangi. 

Abah, insan yang sering tersenyum manis dan sering menyapa sesiapa sahaja. Sifat ramahnya disenangi ramai.  Suara abah sangat dirindui.. Masih jelas dipendengaran ku.. mungkin pada semua yang biasa mendengar lontaran suara abah disaat melaungkan azan. Abah seorang bilal. Suaranya sangat merdu menusuk ke kalbu. Alhamdulillah.. Rezeki yang Allah bagi pada Abah untuk berbakti pada masyarakat setempat melalui suaranya dan suara itu tetap segar diingatan.

Abah jarang warded dan kata Mak, abah tak pernah warded sehingga sakitnya datang tiba-tiba mulai tahun lepas dan Kali ini abah masuk Hospital agak lama. Keadaan kesihatan abah semakin merosot dan menggusarkan hati kami semua. Tapi abah tetap tersenyum biarpun sukar. Kali ni, Abah kerap berbicara pada kami semua, masanya semakin dekat dan hampir tiba.. Allahu.. tetapi, di dihadapan abah, kami seolah2 tidak mahu mendengar apa yang abah sampaikan. Kami tetap beritahu abah yang abah akan sihat. Kami semua tetap mendoakan supaya kesihatan abah semakin baik, supaya abah dipanjangkan usia.. supaya abah tetap kuat semangat.. supaya kami akan terus melihat abah. 

Namun, Janji Allah itu PASTI. Pada tanggal 25 Ogos 2016, jam 2.20 pagi, Abah telah pergi menemui pencipta-NYA tanpa sesiapapun dapat menahannya. Perginya dengan penuh redha.. Masih jelas terbayang di ruang mata, senyuman yang sangat manis abah ukirkan setelah meninggalkan kami.. Sejuk hati sesiapa jua yang memandang abah. Allahuakhbar. Moga roh abah dicucuri rahmat dan berada bersama orang2 yang Allah tempatkan disyurga. Aamiin. 

Walaupun aku hanya seorang menantu.. namun aku jua sangat merasakan kehilangan abah. Apatah lagi Mak mertua ku dan anak2nya.. Mereka paling terkesan. En. suami antara yang paling hampir dengan abah. Membawa abah checkup setiap kali temujanjinya. Saban malam menemani abah di Hospital. Menjaga dan merawat abah sepanjang malam. Alhamdulillah.. anak-anak dan menantu abah sedaya upaya menjaga abah bergilir2 disiang hari. Semua berusaha menggembirakan abah. Abah tidak ditinggalkan bersendirian. Mak yang juga kurang sihat sentiasa menemani abah. Semua dilakukan dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Biarpun abah telah pergi, abah tetap ada bersama kami dimana saja. Hanya kerana abah ada didalam hati kami semua.  Moga doa untuk abah tidak akan pernah putus. Itu saja pengikat kasih sayang antara kami dengannya.





           
Abah tetap tersenyum biarpun sakit.


Angah (baju belang) setiap hari (siang) sentiasa bersama abah hingga ke detik akhir abah.



Sebenarnya banyak sangat gambar abah dalam HP tapi hanya beberapa keping di atas yang ku pilih untuk diabadikan disini.. 




Nota: Moga Mak dan Ayah yang berada di Kampung, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik berterusan, dilindungi dari segala bahaya dan musibah, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada didalam rahmat Allah. Aamiin.





9 Ulasan:

aCik Anie said...

salam takziah..semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin

ietams said...

salam takziah utk ena dan keluarga

Nooriah Abdullah said...

Innalillah wainnailaihirojiuun
Semoga arwah tenang dialam sana ameenn

LYAfrina said...

salam takziah buat ena n suami..
smoga roh arwah dicururi rahmatNya...
sesungguhnya janji Allah itu pasti...
tp syukur n tahniah buat semua ank2+menantu krn berbakti sebaiknya sehingga k hujung nyawa... besar ganjarannya..

eMMe said...

Innalillahiwainailaihirojiun....

Salam Takziah buat Ena dan keluarga..

maaf baru baca blog...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

umi alya said...

Salam takziah buat ena dan keluarga, al fatihah...

umi alya said...

Salam takziah buat ena dan keluarga, al fatihah...

LYAfrina said...

salam takziah dari lya...
sori ena... baru buka blog ena mni..
semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..amin