Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Wednesday, 31 December 2014

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul


Assalamualaikum..


Harini hari terakhir bagi tahun 2014. Sungguh cepat masa berlalu.. 
Tahun ni dipenuhi dengan cerita suka dan duka.. dari permulaan tahun sehinggalah ke hujung tahun. Mungkin ujian tahun ni lebih besar bagi rakyat Malaysia. Tak apa.. itu tanda Allah sayang pada hambanya. Kita cuma perlu redha dengan segala ketentuan-Nya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama la kita ringankan beban mereka. Ujian kita belum tahu bagaimana. 

Bermula dengan MH370 (yang belum diketahu kesudahannya) MH17, Kemarau panjang (empangan hampir kering), Jerebu di mana2, tanah runtuh, banjir sekarang yang baru mula surut dan diikuti pesawat QZ8501 yang disahkan terhempas. Innalillah diatas segala musibah yang telah melanda.  Banjir besar yang telah melanda Pantai Timur seterusnya Utara, Selatan dan juga Barat turut menerima ujian ini. Cuma di Pantai Timur terutamanya Kelantan diuji dengan lebih hebat. Allahuakbar.. sungguh besar kuasa Allah.. tiada siapa pernah terfikirkannya bila berlaku di negara Malaysia sendiri. Alhamdulillah.. Allah sayang kita semua. Subhanallah..

Walaupun begitu, rakyat Malaysia saling prihatin.. kita saling bantu membantu mengikut kemampuan kita sendiri. Biar ada pelbagai halangan malah ada juga yang menabur fitnah.. Kita abaikan. Ayuh kita semarakkan perpaduan.. kita ketepikan perkauman.. kerana ujian ini bukan hanya untuk mereka tapi untuk kita semua. 



Ya Allah.. 
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ampunilah segala dosa- dosa kami Ya Allah
Kami hamba Mu yang sering lalai
Kami hamba Mu yang penuh dosa dan noda

Ya Allah..
Yang Maha Menguasai Sekelian Alam
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Lindungilah kami dari segala  kejahatan yang telah kami lakukan
Jauhkan kami dari segala bahaya dan musibah
Pandanglah kami dengan kasih sayangmu
Lindungi lah kami dengan Rahmat-Mu
Kuatkan iman kami menghadapi ujian Mu
dan Sesungguhnya Ya Allah
Sejahterakan kami di dunia dan di akhirat..

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.. 


Nota: 
Moga tahun baru 2015 dan hari-hari yang mendatang akan membawa lebih kebahagiaan untuk semua orang. 




13 Ulasan:

eMMe said...

Salam Ena,
Selamat Tahun Baru 2015!
moga kebahagiaan buat kita semua
Amiin..........
suka duka 2014 kite tinggalkan..penuh terpahat dlm ingatan... moga jadi kenangan manis slamanya...

Najib Ariyan said...

Entry ni buat saya nak menangis... memang 2014 tahun sedih untuk semua... ada saja musibah yg datang... dan sekarang yg baru akan tiba ialah taufan Jiangmi yg kita tak tahu berapa lah besarnya... mudah2an kita semua selamat...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

~aSHa~ said...

mcm2 berlaku pada tahun ni kan

Nur Inani said...

bnyak ujian buat kita tahun ni. moga 2015 lebih baik :)

Najib Ariyan said...

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

NzA said...

Selamat thn baru ena....sama2 kita doakan agar thn 2015 menjanjikan sesuatu yg indah...
Allah turunkan semua tu sbgai peringatan buat kita yg sntiasa lalai dgn duniawi....

umi alya said...

Salam maulidur rasul dan selamat tahun baru

Nyz Hj Hashim said...

Amin...
Mudah2an tahun 2015 membawa lebih khabar gembira.. :)

LYAfrina said...

selamat tahun baru buat ena n family...

smoga tahun baru ni mbawa sejuta rahmat buat kita semua..

penghujung 2014 mmg agak memilukan.. smoga mereka yang diuji itu tabah n bangkit semula

wahida said...

sedar tak sedar dah hampir penghujung januari...sekejap je kan...

semoga 2015 memberi sinar kebahagiaan buat kita semua...amin..

umi alya said...

Ena, nwper senyap sepi?

~aSHa~ said...

ena...

umi alya said...

Ena...