Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Tuesday, 31 December 2013

31.12.2013


Assalamualaikum...

Hai Hai Hai.. Hai apa khabar, apa khabar korang, lama tak jumpa.. terasa sungguh rindu.. ecehhhhh!! Tak de la tak jumpa langsung.. tak jumpa kat "rumah ni" haaaaaaaaaa... kat rumah korang jumpa kan... Mcm biasalah.. Ai ni kan ibarat pepatah " Untung sabut, timbul!!, Untung batu? Tenggelam!!.. haaa.. so tenggelam timbul lah jadinya.. sampai bila pun tidak la ketahuan... itu pepatah ke ek? ;P

Dihari terakhir 2013 ni... How time flies?? huhuhu... Banyak perkara yang jadi pada Tahun ni.. macam2.. Ada manis masam masin kelat dan pahit, tawar pun hadooo.. suka duka itu semua lumrah kehidupan. Tak ada rencah tak sedap la kan.. Plainnnnn aje.. hehehe.. 

Ramai dah ibu bapa dah bz ngan urusan anak masing2.. Ada yang baru nak sekolah dan ada yg continue ke step seterusnya.. Sama la kita ni pun.. urusan si anak teruna bertuah Ammar Irfan tu baru esok nak daftarnya.. Senang x yah apply cuti. Utk si anak dara Anis Irdina saja mungkin abahnya saja yang settle kan. sama mcm tahun lepas. hihihi.. 

Ok lah.. memandangkan entry  ni pun dah bbrpa kali tergendala, so kita stop kat sini dulu lah ye.. Banyak perkara yang ada di kepala utk dikongsi tapi masa sangat terhad untuk membenarkan jejari shomelll ni menaip mengisi ruangan yang ada ni.. ecewahhhhhhhhhhhhh!! kononnnnnnnn... hihihi..

Selamat tinggal tahun 2013, Moga yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Semoga 2014 bakal memberi cahaya dan kehidupan yang lebih baik, harmoni, dijauhkan dari segala bahaya dan bencana, dipermudahkan segala urusan dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin..




3 Ulasan:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat Tahun Baru Ena..moga tahun 2014 lebih baik dari tahun sebelumnya...^^

umi alya said...

Selamat tahun Baru Ena..

lieyalatif said...

hepi new year ena....moga tahun 2014 memberi kite semua 1001 keberkatan...diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan....amin....

ena camne, urusan anak2 kesekolah okey tak...hope semua berjalan lancar yeak.....