Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 2 March 2012

Ragut!




Kecut perut masih belum hilang… gara2 pertama kali melihat kejadian ragut di depan mata. Sepantas kilat saje kejadiannya.. tp kesian dengan mangsanya…  sbb dia mengejar si peragut dengan membawa beg dan badannya agak berisi dan keadaaan jalan yg agak membukit sedikit menyukarkan dier mengejar peragut. Hasil ragutannya adalah DSLR yang lengkap dengan aksesori.. ye! Sy nampak sbb jaraknya tak sampai 20 meter. Malah peragut berselisih dengar kami terlebih dahulu dan hampir nak terlanggar bahu tp nasib baik sempat ditarik my colleague. Huhuhu… ramai mata menyaksikan tp masing2 tak sempat berbuat apa2. Kejadian terlalu ler pantas..  apatah lg peragutnya bermotor. Cekap sungguh buat kerja mcm tu. huh!!



6 Ulasan:

MRS. K said...

kesiannye...

SiTi said...

kat mana kejadian tu kak?

MrS. F!zA said...

alahai..takutnya..kesian kt si mangsa..dlu2 org ragut beg tangan..sekarang beg kamera jgk jd sasaran..

ieda said...

aduhh kesiannyeee si mangsa ..
mujur dia x menggunakan pisau atau sejata lain semasa meragut kalau tidak risau nyawa jadi gantinya ...

umialya said...

DSLR mahal wooo.. bukan murah2 leh nak ganti len, sian si mangsa

Ietams said...

kesiannye dgn mangsa, takut betul zaman skrg.. macam-macam boleh jadi