Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Monday, 23 January 2012

Demi Masa




Waktu entry ni mula ditulis pada jam12.01am bersamaan dengan 23.01.2012.. diringi dengan dentuman bunga api menandakan sesuatu perayaan sedang diraikan.. sama seperti sambut merdeka or tahun baru juga gayanya.. pung pang pug pang berdentam dentum.. tp idak ler kami join menyaksikannya.. hanya mendengar nye saja dr rumah.. maklum la.. area rumah kami ni sering dijadikan port utk menyaksikan bunga api.. memg selalunya meriah. 



Sy ber- entry bukan kerana CNY tp kerana rasa terpanggil utk meninggalkan sedikit sebanyak apa yg bermain di minda tika ni.. hrmmmm... bukan mengeluh dengan apa yg tersurat mahupun tersirat tp sekadar berkongsi.. 



Benarlah apa yg sering kita dengar dan baca.. Perancangan Manusia itu tidak akan sehebat dengan Perancangan DIA. apa yg ditentukan utk kita juga kdg benar2 diluar jangkauan kita.. Jd harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yg DIA kurniakan. Sekali bila diambilNYA.. sukar utk kita nikmatinya lagi. Bak lagu yg dinyanyian oleh kumpulan Raihan yg berbunyi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara seperti :-




Sihat sebelum Sakit,
Muda sebelum Tua,
Kaya sebelum Miskin, 
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati..



Terasa gentar bukan?? 



Tapi itulah.. manusia sering leka.. leka dengan urusan duniawi.. owh.. ini hanyalah ditujukan pada diri sendiri semata.. sbb sering alpa dengan nikmatNya..




Esok, kami akan berangkat ke kg halaman ku di Trg.. sepatutnya kami hanya balik pada hari rabu minggu depan tp itu lah.. seperti ayat diatas.. kita hanya merancang..



Hanya kerana kami ingin bersama meraikan ahli keluarga yg akan mendirikan masjid.. dan dalam masa yg sama kami juga ingin berada di sisi insan kesayangan keluarga di saat dirinya bergelut dengan kesulitan. Kami akan segera kembali.



Ya Allah.. Kau permudahkanlah segala urusan  dan ringankan lah ujian yang kau berikan kepada.. Ibunda Mertua Ku.. Berilah Kekuatan dan Semangat Kepadanya Agar Tabah Mengharungi UjianMu. Amin.





10 Ulasan:

Izan Ishak said...

izan doakan moga Allah permudahkan segala urusan ena... moga selamat dlm perjalanan ke kg halaman ye...

moga ibunda mertua ena juga sentiasa dipelihara oleh Allah dan diberikan semangat yg kuat utk hadapi ujian ini....

umialya said...

Insya Allah, moga dipermudahkanNya

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Insyallah..Moga dipermudahkan segalanye..
Selamat Balik KG Ena..moga selamat pergi & kembali..

mamalieyna said...

Amin...moga dipermudahkan segala urusan..

setuju dgn ingatan ena ni...kdg kita ni alpa..huu~

ieda said...

yelah dikk
adakalanya kita leka
tapi bersyukur kerana dlm kelekaan itu ada insan2 yg menyedarkan kita
syukur kerana mati itu benar dan kehidupan ini x tahu bila pengakhirannya ..

insyaallah .. semoga selamat samp[ai dik .. ;)

ibundo said...

selamat bercuti ena...

~aSHa~ said...

berhati2 di jalan raya ye....semoga dipermudahkan segala urusan

Alin Marlini said...

smg berjalan lancar hendaknya

~izan~ said...

akak dah balik semula ke? betul kata akak,kdg2 apa yg kita rancang tak semua berjalan seperti kita nak..tp sekurang2nya kita dah ada perancangan utk sesuatu perkara kan kak..

semoga semua dipermudahkanNya...

Redbloodsnow said...

zie doakan akan ALLAH permudahkan semua urusan kak ena :)hati-hati balik kg tu ek