Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433: Jom "Audit" Sama2



Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1433



Harapnya Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Telah Pun Dibaca.. Mudah2an Kita sama2 Diberi Hidayah & Taufik OlehNYA..



Biasanya kalau hujung tahun, kita masing2 sibuk sbb nak clearkan rekod kita sblm kena audit.. Sama jugalah dengan urusan harian kita.. dah masuk tahun baru Hijrah pun..  Marilah kita meng"audit" diri masing2 sebelum kita di "Audit" kan.. Bukan dalam bidang kewangan je kena audit yer.. hiiiii.. Yerla.. moga2 hasil "auditan" itu dapat kita buat yang lebih baik. 



Bila masuk je tahun baru azam ( yg baik2 saja) mula di tanam walaupun mungkin masih belum terlaksana yg sebelumya ataupun masih lagi dalam percubaan.. Tak apa.. yg penting kita berusaha utk memenuhi azam ke arah yg lebih baik.. Kena sentiasa berusaha ke arah itu. 



Kata orang buat baik tu senang, buat jahat tu susah.. tp banyak yg dikatakan tak baik or perkara yg jahat tu lebih banyak dan dipilih untuk di laksanakan.. padahal buat baik tu lebih senang andainya kita buat dengan istiqamah.. Pasang niat yg baik pun dah dapat pahala walaupun belum laksanakan.. kalau niat nak buat yg tak baik tp belum buat lg, dalam rekod masih belum dicatat..  Indah bukan? Tp jangan pulak memasang niat/azam yg tak baik walaupun belum tentu dilakukan. 



Marilah sama2 kita Muhasabah Diri.. Yang Pasti, Banyaknya Kekurangan Diri Ku Ini Yg Perlu DiPerbaiki..



"Ya Allah.. Tuhan Yang Mengubahkan Segala Keadaan, Ubahkanlah Keadaan Kami Kepada Sebaik-baik Keadaan Dengan Kekuasaan dan Kekuatan Mu Wahai Tuhan Kami Yang Mengerasi Lagi Maha Tinggi"




9 Ulasan:

umialya said...

Salam Maal Hijrah buat Ena sekeluarga

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Salam Maal Hijrah Ena..^^

ieda said...

aminnnn semoga doa kita ditahun baru ini termakbul dik

salam maal hijrah jua buat ena :)

ak yuyunz said...

amen.. sama-samalah kita ye na.. :)

~~*Lady Salwa*~~ said...

Salam Maal Hijrah jugak buat akak...

Amin....

LYAfrina said...

amin

aiDieNa said...

Betul tue.. sama² lah kita muhasabah diri.. jadi yang lebih baik dari hari ini..

MrS. F!zA said...

salam maal hijrah k.ena..lama tk msuk sni..mood BW merudum..

~izan~ said...

betul tu kak..sama2 tgk diri sendiri..kita manusia tak pernah lepas dari buat kesilapan..semoga maal hijrah ini sama2 dpt menghijrahkan diri ke arah lebih baik..=)