Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 8 July 2011

Andai Tidak Dapat Berkata Dengan Baik... Diamlah Dari Berkata-Kata


Salam... 


Dah lama tak de post entry mcm ni.. Terjumpa dan ingin kongsi di sini.. 


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.


Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”
(Riwayat Ahmad)


Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)


Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’.


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati Orang Yang Bersalah , Tidak Salah.
Akan Tetapi Menjadi Kesalahan Apabila
Sengaja Memikirkan Kesalahan Orang Lain Untuk Menutup Kesalahan Sendiri.




Kredit tu AcikSolehah 






10 Ulasan:

cikmOt said...

tul tu..diam lebih baik dari berkata2...sebab kadang2 kata2 kita boleh merosakkan akidah...selamat beramal...

eB ezrin said...

betol, sbb tuh eB suker diam :)
tapi o0rg cop sombong pulak hu3

ieda said...

yes dik .. cuba elakkan dari bercakap yg tidak penting .. bukan x bercakap langsung kan .. kalau kita meyendiri susah juga nanti menimbulkan buruk sangka .. jadi pandai2 lah sesuai kan diri dlm situasi ..

kalau akak boleh berbual tapi akak x suke berbual lama2 sbb kalau lama2 selalu ada je topik2 sengketa akan kuar :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq for sharing kak....tapi macam kita blogger diam bukan saja mulut tapi tangan pun kena 'diam' daripada taip benda bukan2...kan :)

umialya said...

n3 yg brinformasi, tk ena sudi kongsi sesama kita

Pepel BoNda AmaNi said...

tq 4 sharing kak...

ak yuyunz said...

agreed!

Anah said...

sangat setuju!!

Fieza79 said...

setuju...lg suka dok diam je bila tak puas hati kat seseorang...bercakap lebih2 nnt hati org pun sakit hati senri pun blh sakit kan...

* ena...FM dah sampai...tq..cute la FM burung Lang tu...

lieyalatif said...

hai ena....pe kabar...lieya dah naik keje ni ekekekeek.....

wah irfan dah 3 tahun yeak...haa dah boleh bagi adek ni ekekeekek....makin bam2 irfan...tomey...hepi besdei sayang!!~