Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 18 March 2011

Issh!! Berlagak nya..


Salam..


Dah lama rasanya tak de entry camni.. rasa jauh pulak.. haihh!!.. erm.. pagi ni nak sharing pasal mende ni la.. jom sama2 kita muhasabah diri.. ^_^



Antara penyakit hati yang kita tak sedar... Rasullah SAW bersabda : " Jauhilah kamu daripada sifat takbur. Sesungguhnya sifat takbur itu akan membawa keburukan dan keburukan itu akan membawa ke neraka" (HR Bukhari dan Muslim)


Takbur merupakan satu penyakit hati, oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha menghapuskan sifat ini.


Mari kita renungkan panduan yang diberikan oleh Hujahtul Islam Imam al-Ghazali dalam usaha kita mengikis sifat takabur dalam diri kita.


1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak belum dibebani oleh dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyak ilmunya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan mereka sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.



** Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya:Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka Nabi S.A.W sebagai pedoman hidup.


Kalimah itu ialah:

1) Apabila engkau sedang solat,jagalah baik-baik fikiranmu.

2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu.

3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu (perkataanmu)

4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,maka jagalah perangaimu

5) Ingatlah selalu kepada Allah

6) Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya

7) Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain

8) Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.



Bekerja Kerana Allah


Suatu hari ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk- duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat. Seorang sahabat lalu berkata,  Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan utk fisabilillah. Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah bersabda,


** Jangan kamu semua berkata demikian, sebab org itu kalau keluarnya dr rumah utk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anak nya yg masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah. Jika dia berusaha utk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kpd org lain, itu pun fisabilillah.Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yg di milikinya atau utk bermegah-megah maka itu lah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan. (Riwayat At-tabrani)




Justeru bagi marilah kita berusahalah dengan keringat sendiri kerana itulah sebaik-baik rezeki. Berusahalah juga dengan ikhlas.




14 Ulasan:

Ietams said...

betul..
tq for sharing di hari jumaat yg mulia ni

kella said...

terima kasih atas perkongsian ilmiah yang sangat bagus ni! :)
sama sama kita dapat manfaat darinya..

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

saling ingat mengingati....thanks akak...gud info

~Miss Sukasih~ said...

Alhamdulillah..arini dpt menambahkan lg ilmu pengetahuan..wlupun secara kasar nyer kita dah tahu..tp arini kite dapat pelajari dr detail nyer...terima kasih perkongsian ilmu ini..terus kan..=)

Izan Ishak said...

perkongsian yg baik pada hari yg mulia ni ye ena~

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Thx for sharing Ena..moga kita dijauhkan dr sifat Takbur nih..

eMMe said...

rendah diri selalu pada org lain...jgn belagak, tak elok perangai tu..kan Ena...tQ for sharing...

☆ lieya latif ☆ said...

tazkirah di ari jumaat yg mulia...lagi pun sharing is caring kan ena....thanks dear!!~

Fieza79 said...

thanks sharing...

pun sll cuba menjaga tingkah laku supaya tk nmpk mcm bongkak di mata org...kdg2 kita boleh tk perasan jgk kann...huhu

wahida said...

tima kasih mengingatkan saya...huhu...kadang2 kita terleka...

LYAfrina said...

alhamdulillah. suka sgt baca ni sekurangnya dpt m'gingatkan kita.

ardinihumaira said...

thanks for sharing kak ;)

Nida said...

Kadang-kadang terfikir.. buat apalah nak berlagak, bukan dapat apa pun... kena kutuk lagi ada ler...

Nana said...

tazkirah ari jumaat ni
bagus..share kt sini