Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 25 March 2011

Jom la Makan Buah Ni Secara Berjemaah Tapi Kat Umah Or Tempat Masing2



Assalamualaikum w.b.t


Dah sarapan ker? jom sarapan ngan kurma, kismis or madu.. ^_^


Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.


"Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat."



1) KURMA 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".





2) KISMIS 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". 

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


Berkas:Raisins 01.jpg




3) MADU 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



botolbaru.jpg


Carian: Google



Alhamdulillah.. ketiga2 makanan ini ada dalam rumah dan harap terus jadi hidangan kami seisi keluarga.. walaupun ada yg liat nak makan.. ;P





20 Ulasan:

kakpah said...

haritu jumpa kawan, dia cakap dia bekfes dengan sekotak kecil kismis dan minum susu je. kenyang sampai tengahari....

ardinihumaira said...

umah dni kismis kalo tak de g beli terus hehe... semua suka kismis.. makan berkotak2 sehari ;p

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

mmg senitasa ade kat umah kurma tu..rafiq pon suka makan..:-)

atty's said...

kurma memang sedap..kty pun suka makan

NzA said...

sebenarnya byk petua n sunah yg boleh kita ikuti ttp trkdg kita xamalkan secara rutin.....

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

masa eida preggy dulu kak..hari2 kena makan kurma...n kismis...kena paksa makan ngan dedi amani tue la...tapi rasanya memang bagus tuk minda anak kot..sebab dah nampak kebijakkan budak kecik tue..ehhehehe

LYAfrina said...

info y sgt bagus..kesemua buah tu adalah buah dr syurga.. sbb tu ianya mbawa bgitu yk keaikan utk kita..

lya bg asya mkn kismis hari2.. mudah-mudahan dpt mantu lya dlm memastikan mindanya cergas disamping usaha kita mngajar secara praktikal.

eMMe said...

madu & kurma, insyaAllah ade je kat umah, tak putus...siap wat stok...hehehehe....

☆ lieya latif ☆ said...

mmg byk faedah buah kurma nie...liey amase awal2 preggy pun rajin mkn...ni bile dah abis stok tak cari2 la huhuhuhu.....

umialya said...

Alya pun suka

Redbloodsnow said...

Zie more prefer kismis dr kurma. kurma manis sgt. zie tak suka benda manis. thats why i hate chocs...hehehe

: Ady :: said...

Perkongsian yang baik di hari Jumaat yang mulia..

Kat umah akak ada madu.. kurma ada.. kismis tak refill lagie.. hehehe

..aiDiena..

Nana said...

boz sy siap pesan
kasi la anak awak mkn kismis
sejak dia kecik2 lg
bgs utk otak
tp asik lupe nk blikan kismis utk damia heee

ieda said...

masa akak ngandung x hinggat langsung pasal nak makan kurma dan kismis .. entahlah .. cuma minum madu lebah campur jus kurma jer .. tu pun masa kandungan dah besar .. x tahu kenapa x minta nak makan ..

thanx share info nie ena .. gud tau :)

wahida said...

anak2 saya suka makan kismis...tapi kurma kureng lak...huhu...

Scha Ara said...

tapi kebanyakan madu lebah yang ada dijual berasal daripada lebah ternak yg diberi air gula..
drpd sinilah boleh dtg penyakit..
kalau silap mintak maaf ye..

Scha Ara said...

tapi kebanyakan madu lebah yang ada dijual berasal daripada lebah ternak yg diberi air gula..
drpd sinilah boleh dtg penyakit..
kalau silap mintak maaf ye..

mamalieyna said...

kita ada madu dan kismis kt rumah..tp jrg2 makan..hu~

Mama Hanim said...

kt umah mmg ada stok.. bagus kan makan selalu.

mzhany said...

ena, mmg bagus kan makanan ni semua...

cuba search Qaseh adinda, qaseh kekanda, minuman ni mengandungi semua bahan2 yang bagus utk kesihatan. ada habbatus sauda lagi. huhu...