Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 17 December 2010

Harum Dan Busuk


Salam Pagi Jumaat


Apa la yg Harum dan Busuk tu kan..Tak pe dah baca nanti mesti tahu apa maksudnya.. ehm.. sy tahu ramai yg mungkin dah baca apa yg sy nak share kat sini.. tapi benda yg baik di share berulang2 pun tak mengapa kan! utk sekadar peringatan utk diri sendiri yg ada ketikanya leka.



"ROH HARUM DAN ROH BUSUK"


November 21st, 2010 Posted in Akidah Akhlak



Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : “Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: “Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.


” Kata Abu Hurairah selanjutnya: “Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya” – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”(Muslim)



Huraian:
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya: “Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).



Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.





Sumber dari SINI





12 Ulasan:

mamalieyna said...

Tazkirah pagi jumaat yang bagus, ingt mengingati sesama kita..semoga semakin hari semakin kita menjadi yang lebih baik...ambik pengajaran setiap kejadian..Amiinn..

baincardin said...

thank you for sharing ^_^

ardinihumaira said...

thanks kak...
huhu... sama2 kita tingkatkan amal ibadah

eB@mamaAerish'n'Aed said...

tq ena... alhamdulillah dpt ilmu lagi eB pagi jumaat nih...

☆ lieya latif ☆ said...

ilmu yg baik di pagi jumaat nie ena..thanks ena!~

Ietams said...

Allahuakbar.
tq share good tazkirah

Izan Ishak said...

thanks ena...ingatan buat kita semua~

MrS. F!zA said...

thanxs k.ena..sharing is caring♥♥

Dilla Ady said...

tq ena sharing good info..

baincardin said...

"Part 3" pulak datang menyerang. layan jelaa....^_^

~Siti Hajar~ said...

ingat mengingati la sesama kita..

bagus n3 k.ena pg2 jumaat ni..thanks 4 sharing!

baincardin said...

Ena, mungkin server pic bain ni tgh problem kot? atau ada sebab lain. takpe..sabar jelaaa....:)