Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 17 December 2010

40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-Anak



Maaf yeh kawan2.. kita tengah bz la ni.. tak sempat nak wat entry bebel2.. heheh.. so, kita buh je la entry yg sedia ada dalam draf ni... berkongsi tips pulak..


Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu:-




1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.(yg ni belum lg la..hihi)

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 



3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 


4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. (Setakat ni tak de la sampai maki hamun anak.. Nauzubillah..)


5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. (Chaiyok2x..)


6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. (insyaAllah.. sentiasa bersama selagi ada kat umah.. (kecuali dorang makan kudap2an)



7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. (Tak baik gaduh or cerita pasal org masa makan kan!)


8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. (rasa mcm tak bezakan.. tapi tak tau la kalau anak2 pulak yg terasa mcm tu.. )


9) Kurang melahirkan kasih sayang. (Tak patut la kan..)


10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak. (Gaduh2 manja tu ada la depan dorang..)



11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah. (InsyaAllah.. sentiasa buat)


12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. (yg salah tetap salah.. tak kira adik or kakak)


13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak. (InsyaAllah.. kami utamakan)


14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. (owh.. tak boleh mcm tu.. anak2 kan tanggungjawab Ibu Bapa, cikgu kat sekolah cuma membantu saja)


15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. (yg ni susah sikit.. nak2 time tido dorang.. dah program kan tapi susah nau dorag nak ikut timming.. haihhh)


16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. (Kalau bukan kita galakkan.. saper lagi kan.. so, kita pun kena la rajin membaca jugak)


17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal. (Nauzubillah...)


18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. (InsyaAllah.. ibu Bapa adalah contoh terbaik.. tapi tu la.. tv pun sangat kuat pengaruhnya.. hadoiyaiiii!)


19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 


20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.


21) Tidak menggunakan bahasa yang betul. 


22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 


23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 


24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat. 


25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 


26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 


27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.



28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak. 


29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 


30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 


31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.



32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 


33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 


34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 


35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 


36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.



37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 


38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.


39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 


40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama. 




Sumber dari SINI






Note 1: Ada yg sempat sy jawab.. selebihnya tu.. tak sempat la pulak.. heheh..


Note 2: Selamat Makan Tengahari semua.. :D











9 Ulasan:

aibaks said...

harap2 aibaks dapat jadikan ini sebagai panduan.. thanks!

zura@iwan said...

thks sharing...

Fieza79 said...

panduan ni bagus tapi nak pratik kan suma tu alahaii phm2 aje la...

hajarus said...

thanks 4 sharing k.ena... :)

& selamat menjamu selera...

mamalieyna said...

panduan yang baik ni..Insyaallah akan menjd ibubapa yg terbaik utk anak2..^_^

ieda said...

gud info .. thanx sharing dikk :))

Dilla Ady said...

bagus panduan nih..mengingatkan diri sendiri dalam mendidik anak..thanks ena!

~~*Lady Salwa*~~ said...

thanks akak...

info yang sangat berguna ni... nak2 orang yang baru jadi ibu macam sal ni... yang mana kurang boleh diperbaiki...

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bagus info akak nie...tenkiu akak...