Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Thursday, 4 November 2010

Ngeri Sungguh Tengok Ular Ni



Salam.. 

Entry ni peringatan utk diri sendiri yg kadang2 terleka.. Sama2 la hayatinya.. sangat menakutkan..





بسم الله الرحمن الرحيم       



Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.


Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. 


Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 


Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). 


Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.


Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..







 Note: Itu baru je melewat2kan solat, belum lagi meninggalkan solat.. huhu.. sangat menakutkan.. 



13 Ulasan:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

phewww.
gerunnnnnn

thanx ingatkan kita..:-)

Dilla Ady said...

da penah bace info nih..

anyway, thanks for sharing...

*azni* said...

insaf nye..

LYaFRINA said...

sgt2 m'insafkan...

smoga cerita ini dpt mberikan pgajaran buat kita semua supaya selalu ingt ttg 5 waktu tu..

tq ena..

eMMe said...

taknak la lewat2kan solat....
InsyaAllah..taknak buat dah cam tu...
takot Allah...takot...moga Allah ampunkan dosa2 ku...

einaz shah rizal thomas said...

ting.tong
hey,hey..
haiy to owner belog.
singgap sini jap boley kan.?

love einaz!

mamalieyna said...

huhu..dlm kalut2 wat kije sempat baca n3 ni sampai habis...

huhu..mmg menggerunkan..moga2 iman kita sentiasa kukuh! ya Allahh...serammm...!

aiDieNa said...

Menakotkan.. huhuhu.. nak istiqamah buat benda baik mmg sangat payah.. kena selalu bacer citer² macam nie.. semoga Allah pelihara iman dan niat kita.. ketika beribadat kepadaNya..

ana said...

subhanallah...

ardinihumaira said...

Allahuakbar!

rynas said...

thanks Ena..alamak kdg2 terlewat solat juga bila time keja..huhuhu takutnya..

seriwangi said...

Taubat...macam mana agaknya balasan untuk orang yang pernah bersolat?ini baru lewat-lewatkan solat...takut...takut dekat Allah s.w.t

baincardin said...

Thank you for sharing. ^_^