Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 1 October 2010

AKu Tidak Memerlukan Apa2 Sebab Untuk Mencintaimu




Salam Pagi Jumaat..


Sy nak share petikan yg pernah sy baca sebelum nie.. 




Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? 


Suami:Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! 


Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. 


Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! 


Isteri: Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!” 


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. 



Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:



“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? 


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! 


Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Jadi aku juga tidak perlukan sebab apa-apa untuk mencintaimu… 



NOTE: Kawan2 mcm maner? hehehe.. tapi bila difikir & renungkan semula kenapa kita memilih pasangan kita sekarang? rasanya sama seperti di atas.. tidak mempunya SEBAB seperti itu.. kerana kita cinta itu sesuatu yg sangat halus dan tak mampu diungkapkan dengan kata tapi boleh di zahirkan melalui perbuatan seperti sebuah perkahwinan. Apapun baik lelaki & wanita.. islam ada menggariskan kriteria (eh! betul ker eja camni?) mencari calon isteri & suami kan!.. 


11 Ulasan:

ana said...

cinta tu subjektif...tiada ssbb khusus diperlukan. tersentuhnya bc...

~~*Lady Salwa*~~ said...

pernah jugak terbaca dalam email sebelum ni...

betul tu, kadang2 cinta tak memerlukan sebab. cuma mungkin ada sebabnya kenapa dalam ramai2 kita memilih dia... hehe

**akak, nanti check la email, sal ada hantar email kat akak

Dilla Ady said...

penah baca pasal ni kt emel..

dilla pun takde sebab untuk menyintai suami..yg penting ape di dalam hati kite kan..

Adlina Husaini said...

ena, thanks for sharing such a nice entry..menjawab segala persoalan ina lepas baca entry ni..

thanks ena eh..love it so much..really appreciated..mmuah


latest entry ina:
walau period tetap ambil wudu'

QuEeN Of 2 Heroes said...

hal ni mmg sgt subjektif....baru la menarik dunia ni... :p

☆ lieya latif ☆ said...

lieya tak suke cinta disebabkan rupa paras atau harta....biar laa die suke kerana sikap dan hati kite.....tu baru cinta sejati.....

Fieza79 said...

btol..setuju...hanya kita je tahu keikhlasan pasangan seniri...

sLEEping BEauty said...

hati tersentuh membaca ...
setuju sgt ...
huhuhu...

aiDieNa said...

I'm touched! Huhuhu...

ardinihumaira said...

menerima seadanya. huuu

ainzuryn said...

fuhh!.. tersentuh jiwa wanitaku ini...cinta akan terbukti dengan sendirinya pada suatu masa bukan dengan ucapan kata-kata.