Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Sunday, 5 September 2010

Terhoyong Hayang Dah Nie..




Salam Ahad




~ Skrg kat sini tengah hujan.. sejuk jer.. mula2 tak perasan pun.. tapi bila rasa sejuk dingin semacam je.. sy jenguk kat luar.. patut la.. hujan.. mrmmm.. best nie kalau dapat sambung tido.. hehehe..




~ Tapi tu la.. baru je nak lelap.. terdengar suara Irfan menagis2.. Haihhh!! pantang betul! asal nak tido je dier mula la buat hal.. sy still tak tahu kenapa dengan dak irfan tu.. malam tadi dier berkeadaan yg sama dengan malam semalam.. owh! sangat menguji kesabaran.. 




~ Irfan tak kasi ummi tinggalkan dier.. nak sy temakan dier tido sama2.. hadoiyaiii.. dah bilik tu agak panas.. mrmm.. lepas dah tepuk2 dan urut2 badan dier.. nampak dier mcm dah terlena tapi bila sy letak semula dier nangis.. Sy angkat & peluk kuat sambil tepuk2.. Tapi matanya memilau je memandang sekeliling bilik.. lepas tu nangis lagi.. alahai.. apa lagi yg tak kena nie??



~ Sy pun terpaksa la temankan dier tido sama2.. tapi sy tido kat bawah je bukan tak muat tapi 2 beradik tu tido agak lasak.. bila irfan tengok sy tido kat bawah dier pun tido.. tapi still bangun2 juga.. Agaknya siang main banyak sangat.. badan terlampau letih.. jd tak leh lena.. sy rasa la.. 




~ Si kakak pulak belum ada perubahan dengan lelahnya.. masih sama juga.. semalam petang dah p amik ubat lagi.. Makan tak nak langsung.. cuma minum air masak.. bertambah lemah la jawabnya.. nampak dier lapar tapi mungkin tak de selera & tak selesa sbb nafas yg naik turun dan batuk yg belum berkurang.. demam pun on & off.. Kesian tengok dier.. Masa kat umah opahnya.. merengek je.. jarang macam tu sbb si kakak ni kalau sihat main tak berhenti, melompat, memanjat tu biasa.. bila jumpa sepupunya lagi la dier suka.. tapi semalam dier main tu main  la tapi kejap2 datang merengek2.. 




~ Pagi tadi lepas kami sahur, sy hanya buatkan roti telur utk sarapan dua beradik tu.. teringat si kakak suka roti telur.. lepas dah siap masak, sy kejutkan dier dan dier makan!.. ummi suka la walaupun hanya sekeping.. bersama air masak aje.. susu dier tak nak langsung.. tapi dulu doktor pernah bgtahu bila dier diserang asthma & batuk2 kurangkan minum susu terutamanya susu berperisa coklat..  sy pun dah lupa kenapa.. owh! itu la susu kesukaan si kakak. Lepas tu terus kasi dier makan ubat.. lena la semula.. 




NOTE: Harap hari nie.. dapat la kiranya keluar mencari keperluan raya yg belum lengkap tu.. Tapi badan sendiri pun dah tak larat nie.. nak kena p charge kejap la.. mrmm.. bukan makan ye kawan2 tapi tido.. itu pun kalau bleh la.. Maklum aje la.. banya yg belum settle lagi nie.. huhuhu






9 Ulasan:

rynas said...

alahai siannyer budak2 tak sihat lagi. Tambah2 pulak persiapan tak settle lagikan lagi ler..tak senang duduk. harap2 ena sihat ler..kalau demam susah gak tuh. take care yer..

LYaFRINA said...

ANAK2 SEMUANYA X SIHAT YER.. BYK2 BSABAR YER ENA.. LYA DOAKAN SMOGA KAKAK N ADIK CPT2 SIHAT N SEMBUH...
TAKE CARE..

MAMASYAZA said...

cuaca yang tak menentu sekrg ni, kejap panas sesangat, kejap lagi hujan lak, pasal tu la anak2 pun kurang sihat. siratu pun asik batuk2 ja, ada cam sesema ckit2, sikecik tu pun baru sembuh ja dari sesema

Nur Hawa Mohd Zin said...

dugaan penghujung ramadhan kak..kesiannye akak

~aSHa~ said...

mmg penat kalo anak2 kurang sihat ni...takpe ena ada hikmah tuk ena tu

Peminat Katie Holmes said...

apa lagi yg belum settle kak?
baju dah 3 pasang, langsir dah tukar, kuih dah tempah.hahaha

norhaizan said...

alahi...kesiannya kat kakak..nor doakan kakak cepat sembuh kan..dah nak raya ni, tak meriah la anak2 tak sehat kan..kak ena pun semoga bersabar yer..nanti raya mesti semua okay..insyaAllah..selamat membuat persiapan raya yer!!

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

jelesnya nak soping raya..nak jugakkkkkkkkkkkkk... :P

~~*Lady Salwa*~~ said...

Moga anis cepat sembuh ye... tak berapa hari je lagi ni nak raya...

tu la, cuaca sekarang tak berapa menentu. 2,3 hari ni asyik hujan je waktu malam & pagi... sejuk je...