Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 2 July 2010

Marah Lagi???



Salam Jumaat


Pagi ni nak share info tentang marah la.. maklum la sy nie cepat juga berhantu (marah).. So, mehhh! kita baca sesama.. 


************************************


Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah.


Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.


Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.


Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa daripada perasaan marah disamping dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.


Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.


DoaDibacaKetikaDatangPerasaanMarah.jpg DoaDibacaKetikaMarah picture by uniqme


NOTE:Entry nie adalah untuk diri sendiri yg kadang tersangat mudah utk marah.. huhuhu..


12 Ulasan:

ita cutevirus said...

huhuhuhu...
da tak marah da bile baca n3 ni...

Mawar_berduri said...

bagus nih....hihi~

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bagus info nie kak..sebab eida pun pemarah orangnya...cepat sangat melenting..huhuhhuhuh

peaNut said...

info yg sgt berguna la sis...leh la peanut praktikkan ni..huhu..tq share info ni ye..

Fieza79 said...

info yg berguna ni...
fieza pon cpt gak mrh nya...hehee

MrS. F!zA@Mama Darwisy said...

bagus k.ena ni tau!pagi jumaat kasi info cam ni..

☆ lieya latif ☆ said...

alamak, bahaye marah2 ni kan...huhuhu...tapi takleh laaa...ade jek nak marah dlm sehari2 nie....

Mama Hanim said...

tq ena info yg bagus..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Bagus baca info nih..Lily ni pon cepat melenting gak org nyer..tp cepat gak sejuk..hiks.. ;)

sLEEping BEauty said...

info yg sangat berguna ...
thanks ena ..
jgn marah2 dah ey ...
hehee

Redbloodsnow said...

huhu..nice info kak ena. mmg patut di kongsikan bersama ^_^ tenkiu

Nana said...

bagus kak ni peringatan utk saya juga yg cpt marah