Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Thursday, 22 July 2010

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak


Ada yang dah mula minum petang ker erk? ehehehe.. tak pe nak minum nak makan... makan aje la.. tapi ambillah dalam kuantiti yg sewajarnya.. Eh! apa sy dok bebel nie erk? heheh.. Mrmmm.. Petang nie nak share sikit pasal info kat bawah nie:-

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki) diabetes.

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).



NOTE: Macam2 penyakit sekarang nie kan!.. tapi kat Malaysia nie sangat kaya dengan makanan.. Setiap hari ada je promosi pasal makanan.. Adeihhh!! apapun yg kita makan, bg sy haruslah sederhana.. Betul tak kawan2.. Tapi tu la.. penyakit nie kadang bila nak datang dah jaga pun datang juga... Kalau terjadi macam tu.. kena la redha.. Tapi bak kata pepatah Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati!! Makanya.. faham2 sendiri la kan!.. ;D



* INFO DARI SIHAT SELALU

12 Ulasan:

Kamsiah said...

salam
yg akka baca dlm paper ahad lepas
pesakit diabetis termuda di mesia-bayi berusia 6 bulan..!!

penaykit ni saling berkait,kan...

☆ lieya latif ☆ said...

wah bagus ar ena...jadik doktor laaaak....bagus ni ...sedar sikit diri ku ini heheheehe...

thanks for sharing dear!~

Nur Hawa Mohd Zin said...

family awe ada keturunan kencing manis ngan darah tinggi....huhu..tq utk info

Ena said...

@@@Kak Kamsiah,
tu la.. susah kalau dah terkena 1.. mesti ada berkait dengan yg lain pulak..

@@@Lieya,
Jd doktor? huhu..
nie n3 utk peringatan diri sendiri yg semakin berselera nak makan lately.. so, kena la sedar diri juga.. hhuhu..


@@@Hawa,
tu la.. family akak pun sama.. malah mcam2 penyakit serious ada.. takut sangat!!

elly&emmy said...

info yg berguna antie.. tapi kalau kami dpt gula2 memang tak lepas nyer..cedapp..

umialya said...

akak pnah jumpe pengidap diabetik yg brumur 12th.. kesan dr berat bdn obese n pngmbilam mknn harian x terkwl spt aiskrim, burger, kek.. apa2 je mknn segera... SALAH SIAPA????

miemiey said...

kurangkan gula dalam makanan n minuman...takutnya ..sekrg ni macam2 penyakit yg berisiko mati...huhuhu...tq info..dah periksa mimi bebas kencing manis...

~aSHa~ said...

mcm2 penyakit kalo tak jaga pemakanan

armouris said...

info tentang kencing manis di atas diambil dari SIHAT SELALU - Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

thnx 4 info.bahaya kan kencing manis ni, mintak dijauhkan..fuh22

mamalieyna said...

ohho menakutkan..yelah ada berita kan psl terbaru punya kes, budak 6 bulan dh ada penyakit kencing manis ni..pemakanan di malaysia ni, terlampau mewah kan...dah lak time bulan posa nnti..tengok la camno..huhu..

raf said...

Salam kenal, bagus info nih, bersama menjayakan kempen bebas diabetes..

Promosi ESULIN ; Diabetes Herbs

Diuji & dikaji secara saintifik khusus buat pesakit kencing manis sahaja.