Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 18 June 2010

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA



Salam..


Arini nak share mende nie la.. mungkin dah ada yg bace petikan nie.. Tapi sy nak share juge  sbb rase sangat berguna untuk sy sebenarnya.. 



"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular. Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.


 
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan.


 
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya. 


 
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi. Maka si anak akan menghadapi kekeliruan. 




 "ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak" 




Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya: 
 
"Makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam. Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.


 
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.


 
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.


 
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh:


 
"Boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negatif. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.




Artikel dari SINI


NOTE: AUTO PUBLISH

 

8 Ulasan:

SyidaMislan said...

bagus info nih!kadang2 bila kita ckp dgn anak mcm emo je lebih, sampai tak tau apa yg kita ckp tu betul ke tak susunan ayatnye.

p/s: kalau auto publish nak kne bgtau ke?if mcm tu, kita punya hari2 ada note tu.hehehehe

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bagus info macam nie..kadang2 memang kan..ibubapa nie bertindak di luar kewarasan jugak..kita kena bijak bermain perasaan dengan anak2 skrang nie...bagus la info akak nie..thanks 4 the sharing

rATu kEBaYA said...

goog info.. sangat2 berguna dalam mendidik anak2.. kekadang kita tak sedar cara kita tu salah..

kakpah said...

ibu bapa juga selalu cakap:
jangan panjat
jangan conteng dinding
jangan buat itu
jangan buat ini

tanpa memberi penjelasan kenapa dia tidak boleh buat demikian.

sepatutnya cakap:
kerusi tu tinggi. kalau panjat amin boleh jatuh dan sebagainya..

Sidratul Muntaha said...

children's are repellent n reflection of parents.
kaso kita..kasolah depa.

Izan Ishak said...

hai ena...

sukalah baca n3 ni.
izan pun rasa nak marah2 je kalau anak2 buat salah. terlalu ikut emosi kekadang tu...
apa pun tqvm for sharing!

Mama Hanim said...

info yg sgt bagus lah ena..tq ye..

mumyShaneQeisha said...

Very gud info ni Ena..mmg betul kan, selalu ibu bapa kata JANGAN...kdg2 bila kita kata jangan, anak2 lagi lah suka buat.