Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 18 June 2010

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAP MEREKA



Sambungan N3 Tadi

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
 
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
 
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"..
 
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
 
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
 
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
 
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
 
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja. 
 
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. 
 
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
 
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja. (huhu.. sadisnya)
 
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah. (tak semua ibu bapa mcm tu kan!) Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
 
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

 
KESIMPULAN
 
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
 
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.



Artikel dari SINI 

 
 "Kakak, walaupun kakak selalu buat ummi geram & marah2 sayang pd kakak, tapi ummi tak pernah abaikan kakak, tak pernah bohong anak2 ummi kan.. paling abis pun ummi diam je kalau tak dapat penuhi permintaan kakak"


Moga kalian jadi anak2 ummi & abah yg soleh & Solehah


 NOTE: AUTO PUBLISH



9 Ulasan:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

ala tomeinyer anak teruna ni...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Thx Ena for sharing This N3..
Blh di jdkan panduan & peringatan buat diri kita..

Comel lah anak2 Ena nih.. :)

chugie said...

entry yg buat sy rs syahdu,..

Mama Hanim said...

satu lagi n3 yg bagus.. tq ena..

anak2 ena mmg cute..hehe..

qaseh said...

betul tu kak...kita bukannya suka nak marah anak2 ni..tp just nak mengajar diaorg je...

~Siti Hajar~ said...

mcm kena kat sy la kak, sy sllu utamakan kerja sy dr anak2...huhuhu

Fieza79 said...

tkena..! sll utamakan keje lg dr anak2 yg tagih phatian...bl pk2 balek tak patot btol kan..?

harus ubah kebiasaan ini...!

umialya said...

ylh ena, kdg2 kita trlupa anak2 diabaikan tanpa disedari..

Dilla Ady said...

comelnye anak2 ena nih...pinjam dua2 bleh tak wat geng acha..huhu

thanks ye ena tuk entri nih..berguna nih wat panduan..