Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 7 May 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABULKAN


Salam..


Sy nak kongsi info yg sy dapat dr email yg telah diforwardkan pd sy.. Dah agak lame sebenarnye.. huhu.. Kene publish juge la.. Walaubagaimanapun, sy just nak kongsi sejauh mana kesahihan mengenai hukum hakam sy masih tidak arif! Harapkan kite cari sama2 kebenarannya.



Renung-renungkan dan selamat beramal


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan  seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan.


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... ..nauzubillahimin zaliq...


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?


Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?


Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?


Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?


Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....


Tolong jangan abaikan email/entri ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.


"Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam".

13 Ulasan:

AYU said...

salam..ena..ayu da pernah terbaca artikel ini...memang agak mengelirukan kita..sebab, ramai yg buat cam ni kahwin kan anak apabila anak dara mereka telah mengandung utk tutup malu...ayu ade terbaca sumber lain pulak...maksud perempuan hamil tidak boleh dikahwini itu sbnrnya ialah perempun yg hamil anak sah tetapi telah bercerai sama ada cerai hidup atau mati...maknanya kalau dia nak kahwin lain perlu tunggu selepas melahirkan anak tersebut. ia tidak berkenaan dgn perempuan hamil luar nikah. Walau bagaimana pun, sumber ini perlu dirujuk kpd yg labih pakar.

IbuHakimHaikal said...

Ena...thanks for the info... ;)

Redbloodsnow said...

nice info kak. info peringatan nih. sesungguh mmg pernikahan x sah if girl tuh hamil dulu. zie pnah dgr ttg hal nih


:)

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak ena, ustz awe pnh cakap kalu perempuan itu ngandung anak luar nikah ttp kandungan itu masih belum ckup sifat dan dia berkahwin maka anak itu dikira status anak sah..tq info akak ni

~Siti Hajar~ said...

kak ena, hjr pun sependapat dgn AYU, hjr pun pnh dgr camtu...

anyway thanks for the info..

mamalieyna said...

ada gk dpt email ni, mmg agak mengelirukan jugak..dan lagi rasanya masyarakat skrg byk ambik tindakan camtu, menikahkan anak mereka bila didapati anaknya mengandung! sapa perlu betulkan keadaan ni ye...

ita cutevirus said...

thanks kerana mengingatkan... good info.. *double thumbs up**

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak ena ni awe ada dapat info ckt pasal entri akak ni..
http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/kahwin-ketika-mengandungkan-anak-zina/

~~*Lady Salwa*~~ said...

Salam...

Erm, pernah gak dapat email cam ni... tapi kan kalau tak silap la ada seseorang yang pernha cakap macam yang *ayu* tu kata...

apa pun, rujuk pada yg lebih pakar...

Siti said...

Huhu....camna la tu yer..sian pada yang tak tahu & dah terbuat camni..kena tanggung dosa la yer...Anak2 lagi kesian

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

bagus info nie kak..sekurang2nya kita akan lebih jelas tentang halal dan haram...boleh dan tidak...

☆ lieya latif ☆ said...

info yg bergune tuk sume nieh!!~~

ena, hepi mother's day..semoga terus kuat utk menjadi ibu yg terbaik tuk anak2...amin

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

good info leh jadikan iktibar untuk semua orang kan...selamat hari ibu ena semoga mnjadi ibu yang terbaik di dunia