Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Sunday, 9 May 2010

SELAMAT HARI IBU



Sempena Hari Ni Hari Ibu.. Sy pun nak Ucapkan Selamat Hari Ibu buat Mak sy Yg berada di Kampung. 

"Alangkah indahnya andai diberi peluang untuk meraikan hari ini bersama Mu Ibu.. 

Biarpun kita berjauhan, anakmu ini tidak pernah sekali pun melupakan Mu.. Ingatan ini terpahat kuat pada Mu Senantiasa. Rindu Ini jua sarat terpendam untuk Mu. Hanya Bicara di Talian yang mampu meleraikan rindu yang terbuku. 

Biarpun, Ibu mungkin tidak membaca bait2 nukilan ini tapi ingin kuluahkannya agar apa yang tersarang di hati mampu dileraikan disini.

Anak Mu ini tidak mampu membalas jasa dan perngorbananMu tapi akan sentiasa mengenang segala perit jerih Mu membesarkan kami( adik beradik) biarpun kite terpisah beribu batu. Wajahmu sering bermain di mata. Akan kami senantiasa menyenangkan hatiMu Ibu.

Moga Mak berada di dalam RahmatNya Sentiasa bersama Ayah dan adik2.
Terima Kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberi segalanya buat Ku. Tidak terbanding kasih sayangMu dengan apa sekalipun."

Masih sy ingat sekiranya hari Ibu, hari lahir atau apa2 hari yg bermakna ini sering kami adik beradik meraikannya. Tidak pernah kami abaikan.Tapi dikejauhan nie, hanya ucapan dan Doa buatMu.

Mak & Ayah
I Will Always Miss U & Love You
Muahhhh!!


Ucapan Selamat Hari Ibu Juga Buat Mak Mertua Sy. Mak adalah Mak Mertua sy tapi sy sayangkannya Ibarat Mak sy juga. Mil seorang yang sangat baik, prihatin dan memahami. Sy amat selesa dengannya.

Yg berdiri sebelah sy tu adalah MIL sy. Gambar ni diambil dah lamer, tapi tak pernah publish kat sini, saje jer la nak tepek kat sini.. heheh


Ucapan Selamat Hari Ibu juga Buat Semua Teman2 Blogger yg Bergelar Ibu

^_^

11 Ulasan:

MAMASYAZA said...

SELAMAT HARI IBU untuk Ena jugak, supaya kita tabah menghadapi setiap apa jua dugaan yang mendatang

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak ena ada hadiah utk akak kat n3 " pagi2 dah kena bebel"

LYaFRINA said...

ena..selamat hari ibu...
semoga kita menjadi ibu y tbaik buat anak kita,
amin...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

selamat hari ibu mek na..:-)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

"SELAMAT HARI IBU ENA" :)

Ain said...

selamat hari ibu untuk ena.....

moga jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak....

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

selamat hari ibu tuk mak akak..ur MIL nan x lupa tuk akak jugak....semoga gembira dan sejahtera selalu....muahhhhhhhhhhhhhhh... *HUGS*

Mama Hanim said...

slmt hari ibu juga utk ena.. semoga kita sentiasa berusaha ke arah yg lbh baik utk keluarga..

IdzaLia said...

happy mother's day for ur mom... (*__*)

Kaseh NazLieza said...

happy mothers day kak..

~aSHa~ said...

selamat hari ibu...semoga kita tabah menghadapi ujian2 dari Nya sbg seorang ibu