Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Monday, 31 May 2010

PemergianMu



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu


**********************************


Salam..

kenapa ye tetiba publish lirik lagu ni? ^_^

sy sebenarnya memang suka lagu ni dah lama.. tadi godek2 baru dapat jumpa.. tu yg publish lagu nie.. Amat menyentuh hati lirik dan melodinya.. Maaf sy tak upload lagunya.. SY cuma nak kongsi lirik nya saja.. heheh.. 
 
 
Kisah pemergiaan seorang yg Maksum.. yg tiada dosa & telah dijanjikan syurga buatnya.. tapi pemergiaanya tetap ditangisi oleh sekelian penghuni alam.. Rupanya.. kematian itu adalah benar dan tidak mengira siapa pun.. 
 
 
Akan tiba waktunya utk kita kan! tapi itulah.. bersediakah? Kalau tanya sy memg jawapan sy adalah belum tapi datangnya tak mengira keadaan kita kan.. huhu..
 

Sy sebenarnya rindukan insan2 tersayang yang telah pergi padaNYA.. AL-FATIHAH buat mereka..


15 Ulasan:

MAMASYAZA said...

alfatihah utk FIL, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat

mama zharfan said...

salam ziarah...

rynas said...

al-fatihah untuk yg telah tiada

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Al-Fatihah buat mrk yg telah pergi padaNYA..

Tetiba Lily sedih..Msh teringat kat arwah nenek yg baru 4hari pemergiannya..

Fieza79 said...

al-fatihah utk yg telah tiada..kita di dunia ni cuma menunggu ajal dtg menjemput...ntah biler..

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

huhuuhuhu mengingatkan orang pada arwah kakak..dan bapak...semoga roh mereka tenang di SANA..AMIN..

MrS. F!zA@Mama Darwisy said...

jgan sedih2 ye kak.. al fatihah utk mereka yg telah pergi tdahulu dari kita...

IdzaLia said...

Al-fatihah...
sama2 kita tingkatkan ibadah kita utk lebih bersedia ke sana nanti..

LYaFRINA said...

setiap y hidup,, pasti akn pergi..
Cuma bila, dimana & macamnana saja..
Al-Fatihah buat semua y sudah mgadap Ilahi

shila ariff said...

Al-Fatihah kpd mereka yg telah kembali padaNya...pemergian mereka menginsafi kita yg masih hidup ini..amin...

~Siti Hajar~ said...

Al-Fatihah utk mereka..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

tetibe sayu..teringat arwah ayah..:-(
semoga roh2 mereka yg dah pergi ditempatkan dikalangan org2 beriman aminn

Mama Hanim said...

Al Fatihah utk yg telah tiada..

kakpah said...

salam. alfatihah buat yang telah pergi.

~aSHa~ said...

ramai bercerita berkenaan kematian harini...sedih + takut plak