Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 9 April 2010

PANJANGNYA!!

Salam Jumaat..

Hari nie.. nak mulakan entri yang sy rase paling panjang yg pernah ada dlm n3 sy kot.. heheh.. Harap tarik la nafas dalam2 & panjang sebelum memulakannya.. ^_^

KESILAPAN DALAM MELAKUKAN AMALAN IBADAT 

Yer la.. kiter nie tak sedar.. kdg kiter rase kiter dah lakukan dengan sempurna. Tapi rupenyer ada kesilapan yg kite telah buat telah mencacatkan or mengurangkan pahala yg sepatutnya kite boleh dapat penuh.. Sedar tak sedar mungkin dah jadi dosa pulak.. hoho.. Rugikan!

Mari kiter renungkan bersama  beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama dipetik daripada Ustaz Dato’ Ismail Kamus.
  • Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Betul tak? Yer la.. rasa Sayang sgt nak buka puasa kononnya untuk dapat pahala puasa penuh. Hakikat Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memenuhi jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Sebenarnya berbuka puasa pada hari tersebut pun boleh dapat pahala. Sernok kan!.. Keyang perut, tak perlu teruskan puasa lagi utntuk hari tu.. sebaliknya bertambah pahala.  
  • Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya amalan Riba, Rasuah dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .
  •  Ada Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai  sekampung boleh dengar. Kadang-kadang sampai satu jam atau 1/2jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Perlu mengambil kira persekitaran kerana mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Sama juga dengan bab-bab nak baca al-Quran, Bacelah & mengajai lah memg elok tapi cukup la kita sorang aja yang dengar tak perlu bagi sekampung dengar. Mungkin masa kite bace tu, rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala pulak sbb apa? sbb mengganggu orang lain. Yerla kite hidup kan 1 Malaysia berlainan bangsa & agama.. Kita perlu hormat menghormati. Kalau sesama kite pun kite perlu jaga adab itu.

  • Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Itu yang lebih aula (utama). Tapi dengan syarat, ianya masih di awal waktu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.
  • Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.
  • Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin”, “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).
  •  Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.
  • Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

  • Apabila kita bersolat di tempat yang terhad tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

  • Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

  • Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.

Kesimpulannya kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

14 Ulasan:

nieda said...

thank for info pada penghulu segala hari...sgt berguna.

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

thanks akak for the gud info..memang la kita kadang2 nie selalu sangat salah bagi keutamaan..menda yang kurang penting tapi kita pentingkan @ dahulukan..sekurang2nya info nie leh buka mata kita sesama manusia..saling ingat mengingati..thanks akak ku cayang..

Adlina Husaini said...

ena, tq tq tq =D

mamaaerish : said...

TQ ena.... ;)

mamalieyna said...

nak tarik nafas panjang2 dulu nak membaca..seb baik dok kt umah ari ni, leh layan baca info yg sgt berguna ni..!

bagus kongsi2 ilmu! ^_^

Ieda Al-Habsyi said...

thanxx sharing ena :)

Me said...

TQ 4 the info... sharing is caringkannnnn

☆ lieya latif ☆ said...

khutbah di hari jumaat ni ena...bagus2....kadang2 kite sendiri pun lupe.....thanks for sharing yeak dear!!~~

sLEEping BEauty said...

renungan pg jumaat..bagus la saling ingat mengingati..

MrS. F!zA@Mama Darwisy said...

tq..byk kena di perbetoikan ni..adesss..

~aSHa~ said...

pengkongsian ilmu di hari jumaat...

byk yg perlu diperbaiki ni

Siti said...

panjang takpe Ena kalau penuh dgn isinya..thanks for the info.

kakpah said...

semput den baco sampai habis hehe..
info yang bagus untuk pembaca sebab ramai antara kita tak tahu kesilapan yang dilakukan semasa melakukan solat.
Satu lagi yang kakpah selalu nampak, lepas rukuk, bangun dan terus turun untuk sujud. Sepatutnya berdiri tegak sebentar, baru turun untuk sujud.

chugie said...

sungguh panjang entry mu ini ena.. it's a great info to share.. thank you..