Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Saturday, 24 April 2010

Marilah Kita Sama2 Doakan Kesejahteraan Buat Dirinya


Sy teringatkan pesanan yg ditinggalkan oleh adik sy yg sedang menuntut di Maktab Perguruan Kuala Lipis malam tadi di shoutmix chat box. Sy terperasankan pesanan tu pun bile sy dah terjaga semula dari tido setelah diganggu oleh anak teruna dara yg tak tido2 lg. 


Pesanan adik sy supaya sy menziarah blog "Teratak Husaini" yg dimiliki oleh Adik Safwan Husaini. Mula2 nak buka susah juga sbb tak dapat maklumat address blog yg betul.. tp akhirnya dapat juge.. 


Pada 2 hari lepas (22.4.2010) radio Era.fm yg diwakili oleh Aznil Hj Nawawi ada menghubunnya utk mengetahu kisah hidupnya.  


"Sangat meruntun jiwa sesiapa yg membaca penulisannya. Safwan Husaini yg dipanggil Wan oleh kawan2 nya adalah penulis cerpen dan novelis yang bakal menyambut ulangtahun ke-19 merupakan  antara insan yg diuji dengan penyakit "Barah Hati". Safwan juge hanya menghitung hari Detik2 Permergiaannya yg tinggal 92 hari lg.. Hidupnya sebatang kara kerana kedua ibu bapanya jua telah meninggal dunia. Begitu juga dengan Nendanya. 


Walaubagaimanapun, ajal & maut hanya DIA saje yg mengetahui.. biarpun Doktor telah pun mengesahkan yg penyakitnya tidak mampu dipulihkan lg. Kita sesame manusia bukan hanya sekadar bersimpati, tetapi turut sama boleh membantu mendoakan kesejahteraan dirinya agar Semangatnya terus kuat & tabah melalui derita yg ditanggung. Semoga beliau akan dipermudahkan dalam segala keadaan.


Sangat meruntun hati bile sy bace pusinye yg berbunyi begini:

Tulisan : Safwan Husaini

Antara dua belah mata,
sembilu itu menusuk,
teriak cinta membahang,
tentang segumpal darah punah didada.

Mungkinkah sempat airmata membasah,
dikening yang masih merah,
geraham menguncang saling mengapit,
nyawa sesak menuju syurga.

Teriakan terakhir,
aroma kematian membelah semesta,
kesakitan terbawa,
ubun-ubun memberontak,
mengalir darah dari liang dan rongga aku.

Hanya tangisan dan gelengan kepala,
aku sudah terbawa,
antara tengah-tengah ajal dan kematian,
hanya kalimah syahadat terucap dek bibir.

Jasad aku kaku diperbaringan,
bersama ajal yang sudah datang,
sudah tersurat dek takdir DIA,
aku tunggu kalian di syurga,
Yang terlafaz hanya Salam Akhir.

Untuk bace mengenai Safwan Husaini, kawan2 boleh la klik kat SINI

7 Ulasan:

aiDieNa said...

Saper eak dia nie.. tapi memang sedeh baca puisi tue.. sapa2 pon sedeh biler menghitung hari mati sendiri.. semoga dia dirahmati.. sekurang2nya dia ada klu tapi kita tak tau apa2.. bila.. macam mana.. di mana... semua tak boleh lari...

Ena said...

Kak,

safwan husaini tu penulis cerpen yg masih muda dan dia juga penulis novel antara cerpen dier Malaikat Dari seberang.

betul tu kak, dier menghitung hari detik2 yg dia akan pergi.. tp kite yg sihat nie ntah macam mane la agaknyer.. ade ke peluang nak buat macam dia..

Mama Hanim said...

mmg tersentuh hati baca puisi tu..
semoga kita yg masih sihat ni sentiasa bersyukur dgn nikmat-Nya yg x terhingga..

Ena said...

Mama Hanim,

Betul tu kak!

chugie said...

memang meruntun jiwa bila bc bait2 puisi tu na..

emm.. nanti sy nk g jenguk lah!

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

huuhuhuhu tersentuh hati..semoga safwan tabah menghadapi ujian DIA buat safwan..
kita yang sihat nie..sentiasa la beringat kan..betapa nikmatnya kesihatan sebenarnya...huhuhuh takut kan kak..

Wawan Saini said...

salam singgah..
maaf atas kelewatan ke sini.
terima kasih menitip kisah saya.
saya manusia biasa saja..
berpegang pada satu benda.
"TAKDIR TAK PERNAH KEJAM PADA YANG NAMANYA MANUSIA. SEBAB IA ADALAH KETETAPAN SEBUAH TROVOLOG KEMBARA"