Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Thursday, 15 April 2010

ENTRI KHAS BUAT SUAMI - SUAMI?

Salam..

Tetibe rase cam nak kongsi cerita & tips kat bawah nie..Sy copy & paste jer kat sini dr email yg sy terime.. Mai la kiter bace.. Cerita apa la pulak tu kan!.. Hiks!!

"SEORANG pembaca wanita menelefon, katanya mengapa asyik panduan untuk memikat atau menawan hati suami saja, bagaimana pula dengan layanan untuk isteri."

Sebagai suri rumah tangga, mereka juga mahu lelaki tahu bagaimana untuk menawan hati isteri. Jangan hanya mesra ketika mahu memikat dulu tetapi lelaki sepatutnya melakukan perkara sama selepas berkahwin.

Kata pembaca itu lagi, suaminya amat pendiam, susah untuk dibawa berbual, jika dia (pembaca) berbual, si suami sama ada akan mengangguk atau menjawab ya.

Dia pun tak tahu bagaimana untuk melayan suami sedemikian tetapi sudah ditakdirkan menjadi suami isteri, pahit maung terpaksa diteruskan.


Justeru di sini, diberikan beberapa tips mudah yang boleh digunakan suami untuk menghargai isteri dan melayan mereka seperti kekasih untuk selama-lamanya.
  • Isteri bukan amah


Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih bertimbang rasa kerana isteri bukan robot atau bibik, mereka juga penat dan perlu berehat selepas seharian di pejabat.
  • Ingat tarikh penting


Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri.

Namun, kebanyakan lelaki hanya ingat tarikh hari jadi isteri ketika berkasih malah tidak sanggup untuk menghantar bunga walaupun tarikhnya masih jauh.

Kebanyakan isteri tidak terlalu mengharapkan hadiah yang mahal untuk kenangan malah jika anda ikhlas, sekeping kad dan sedikit catatan sudah memadai untuk menyatakan rasa sayang kepada isteri.

* Tak semestinya hari jadi or hari perkahwinan je.. kalau nak kasi surprise.. boleh kasi bile2 mase je kan!.. hehehe.. itu tanda suami menghargai isteri juge kan!
  • Bantu ringankan tugas isteri


Jika isteri sibuk dan bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga, apa kata anda meringankan tulang dengan membantu sama ada membancuh susu untuk anak atau membasuh pinggan. Buatlah kerja dengan ikhlas, pasti isteri akan gembira.

* Nasib baik hubby rajin bantu.. walaupun di hari keje aje..Thanks lalink!!

  • Bawa isteri berehat


Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya.

Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian.

Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.

* Mrmm.. betul gak tu.. tp kalau dapat suami yg terpaksa keje juge pd hari minggu.. redha jer la kan!.. tp sesekali blh juga amik cuti di hari bekerja kan!.. ala.. tak payah g jejauh pon tak per.. g tengok wayang pon dah ok.. hehehehe.. 
  • Ciuman khas untuk isteri

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di dahi atau di pipi isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.



(^_^)

  • Beri pujian kepada isteri


Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar.

Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda.
  • Dengar pendapat isteri


Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.

* mrmm.. setuju2.. heheh.. tp nasib baik hubby sy seorg yg sangat suke berbincang dlm apa jua hal.. walaupun kdg2 keputusan tetap di tangannya.. heheh

  • Penuhi hajat isteri


Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas rumah dan menjaga anak-anak (yg bekerja pun same juge)

Mungkin suami tidak pernah memberikan isteri pakaian yang cantik walaupun isteri cuba menyindir. Jadi, apa salahnya berbuat demikian dengan menghadiahkan isteri baju kurung sempena Aidilfitri.
* Mrmm.. ade lg ker suami yg tak amik tahu pasal kelengkapan & keperluan isteri mase nak raya ekk? mrmm.. kesian kan! yerla .. walaupun isteri bekerja.. keperluan yg asas tu kan tanggungjawab suami.. melainkan isteri yg nak beli gune duit sendiri or isteri memg tak kisah sbb dier kasihkan suaminya"

11 Ulasan:

SiTi said...

ErMmP mMg kEnA bG hUbbY pUn Ni...

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN said...

bagus2..memang elok klu kaum lelaki baca ni.

IbuHakimHaikal said...

thanks for the info..mmg bagus utk org lelaki baca.. ;)

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

info yang sangat berguna untuk suami n isteri..thanks akak..

Mama Hanim said...

mmg bagus info ni.. special utk suami isteri baca kan.. tq ye..

larra said...

sokong..sokong..harus copy paste ni...kene letak pisau kt leher dia..dia kene baca gak ne..hehhe

mamamiera said...

gud info.. ;)
mmg elok somi2 malaya kena baca..;)

Siti said...

kena print bagi papa baca la nih

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Good Info..
Harus bg baca kat Hubby nih.. :)

Redbloodsnow said...

nak soh dillah bace nih ah nnti. leh jd suami mithali bile dh kawen karang...hikhikhik :P

.. faizuRa .. said...

salam..
good info..
kn best klau dpt suami yg memenuhi keperluan2 isteri mcm tu kn..hehehe