Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 5 March 2010

Amalan Sempena Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari)

Salam Pg Jumaat

Pg nie sepatutnya sy ke Memorial Tunku Abdul Rahman Tp tak jadi pulak. Arini ada taklimat PTK. Sayang pulak x dapat pergi.. x de rezeki lah nampaknya. Hu3x..

Kak Aidiena, rakan sekerja (tp di Jabatan lain). Merangkap jiran seTaman (sebelah umah)," Akak pergi x taklimat nie?".. ececececehhhhhh.. Cam lah kak Eina baca blog sy pepagi nie.. Hua hua hua.. Klu akak terbace nanti leh lah bg tahu kat sy. if akak pergi taklimat tu ekk!.. ehehehee..K la, kiter tinggalkan citer pasal tu..

Sempena arini ari Jumaat kan! Banyak amalan sunat utk arini kan! Hr lain2 pun ada amalan sunat juge. Tak semestinya arini jer kan! Tp kiter fokus utk arini dulu la yeh! Antara amalan sunat untuk arini nie:

1. Mandi
Mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t.

"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
(Bg org perempuan jangan over pulak berhias & berwangi-wangian yer!)

3. Memotong kuku
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

5. Memperbanyakkan Doa
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,

"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).

6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,

"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

  Note: Petikan nie di ambil dr email yg di forwardkan pd sy.  ^_^

12 Ulasan:

mamalieyna said...

panduan yg baik di pagi jumaat ni..nak potong kuku ni jap g..hehe..^_^

Siti said...

terima kasih atas ingatan2 yg diberi.

Wanie said...

Bagus Info nih...TQ Ena

Mawar_berduri said...

Salam akak,
yang sy confirm dah buat ari ni ..
mandi..
pakai perfume..
potong kuku..

huhuhu

Redbloodsnow said...

pssssttt..hanye number #1 & #2 jek zie buat for today taw. yg selebihnya.....heheee. aku sengih² je lah ea kak ena...hahaha

:P

iz-AnN عبداللطيف said...

seme dah buat...tapi potong kuku jek belum...leh ke piod potong kuku ni???

~~*Ummi AFD*~~ said...

Thanks atas info yg sangat berguna...

kebanyakkannya dah buat semalam... hehe

mamamiera said...

slm jumaat ena..
gud info! baru teringat nk potong kuku nih..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Gud info...THX..Baru jap td potong kuku Qis... :)

Atan Athen said...

dan yg paling penting....
PEGI SEMAYANG JUMAAT...
hahahaha

Rashid said...

hmm hmm .. duk renung..duk tenung .. terima kasih. Refresh kembali ..

aiDieNa said...

Naaa.. eh ada taklimat ker uargghhh!! baru keluar dari gua tak tau pon.. hehehe.. teruk kan... :D