Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Monday, 15 February 2010

Pengkebumian Jenazah DiLuar Negara

Assalamualaikum


Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itudimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang  meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.


Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu  tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya.. Sebenarnya kalau  kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).
 
Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup  banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.

Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu  selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan,  katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan  Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US , bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat,malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.
 
Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan.

Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.
 
Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab  bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

7 Ulasan:

IdzaLia said...

jauhnya tanam tu ek. saudara mara klu nak ziarah kena ke sana lah.

rosma said...

hope masa kite nant senang dan mudah urusannye...InsyaAllah..

~aSHa~ said...

actly ada gambo sekali kan cite ni..tjk la gambo gambo tu sekali...leh kongsi dgn readers..

Nida said...

Salam Ena..

Info yg sangat berguna dan sepatutnya difahami oleh semua org yg berada di oversea mahupun waris yg berada di Malaysia..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

gud info!

sian ek. kene sedut2 bagai
jenazah yg nak dimandikan dikapankan pon diangkat slow
ni kan plak nak diusung ke sana kumari..haihh...

semoga kita diambilNya kat mesia je..senang..tol dok?
kat ganu laaagi bagus..aminnn

Redbloodsnow said...

haaa...nice post kak ena. mmg kan dlm islam di tegah bawa blk jenazah utk di kebumikan sbb menyeksa jenazah arr

cikTi said...

salam kak,.

dulu nenek sy meninggl kat mekah,.
dan mmg tanam kat ctu pn,,.

tp kan.,
sedih jgkla sbb xslalu ktorg blh lawat kubur arwah..lbih2 lagi,bila mayat2 kat ctu dia korek balik kan,,sbb nk provide space utk jenazah2 lain,.