Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Sunday, 14 February 2010

PANJANGNYA KUKU..

DOSA KUKU PANJANG (petikan dr email)

Sekarang  ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah  nabi   jarang  nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya
  sama seperti  memelihara sekandang babi  oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita   menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada  niat  simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari   kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas  apa alasan sekalipun kerana ia tidak  membayangkan kesucian dan  ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti  memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu  pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah   kerana mem punyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan
   mahu 
anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis  manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk   kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina
   Ali rhu. sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad  Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin   pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
 

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk   dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau
pun  perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat
  dari Allah  Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin  dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

5 Ulasan:

Lynn Nasir said...

salam,

betul lah tu..sejak kecik lg sy dah diajar ttg bela kuku mcm bela babi. jadi, sama ada terlupa atau ketip kuku hilang, sy takkan berkuku panjang. bila ada anak kecik ni lg laa..bahaya kalo mak kuku pnjg :)

Shida Radzak said...

na..nasib baik saya ni jenis yang tak suka kuku pjg wpon sikit panjang tapi cepat rimas..saya suka sntiasa pendek jer..

beautiful_rose said...

geli tgk org kuku panjng nmpk mcm kotor...nk pulak time mkan lg geli.....

Ietams said...

tenkiu for d great info..

Redbloodsnow said...

erksss...zie suka nah taw pakai cincin kat jari telunjuk :(