Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Sunday, 7 February 2010

Asal Usul JIN

Salam..
Sekadar berkongsi bersama teman2. Yer la, dalam dunia ni banyak penghuninya.. Makhluk halus juga penghuni bersama.. Mungkin bersama dengan kita setiap hari.. Kiter tidak nampak akan kehadirannya.. Petikan nie dr salah satu email yg sy terima juga.. Ada org yg tidak percaya akan kewujudan nya kerana tidak nampak dek mata kasar manusia.. Tapi ini adalah hakikat dan kita harus percaya..
Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus 
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.


Jin terbahagi kepada dua iaitu
Jin Islam dan Syaitan. 

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu
Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap)
Itu sebab orang-orangMelayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca

" SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk.Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

8 Ulasan:

eynda said...

Thanks...yg no.10 tu betul2 berguna ;-)

Nida said...

Salam..

Meremang lak bulu tengkuk akak baca n3 ni... maklumlah baca ketika jam menunjukkan dah pukul 12 malam (waktu NZ)

Lynn Nasir said...

salam ena,

saya mmg dah lama tak suka ngan kemenyan or tepung tawar or tok nenek cucu tumpang lalu..hmm..kdg2 kita ni melebihkan adat.

masa kawen dulu..byk yg sy tak suka, tp sbb ikut kata org tua2..terpaksa la.

Ena said...

kak eynda,
:)

Ena said...

Kak Nida,
owyh da kul 12 yeh kat saner..patut la meremang yer kak!..

Ena said...

Lyn Nasir,
Samer la ngan sy gak..
banyak nau adat yg di tokok tambah..

~aSHa~ said...

thanx for de info....

xpax 4 u

Syuhada Kamal said...

tq share info..camni rupenye kisah jin ni..:)..bnyk gak adat melayu yg kite tak perlu ikutkan..