Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 22 January 2010

DAH DEKAT DAH!!

Salam pg Jumaat

Sj nak share yg kat bawah nie
Bersempena Airnie hr Jumaat
Hr lain pun blh.. tp saje pilih hr nie

Meh kiter renungkan bersama ye!

Petanda Kiamat Makin Dekat
  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..
  1. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..
  1. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
  1. Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..
  1. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
  1. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
  1. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
  1. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
  1. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
  1. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..
  1. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
  1. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..
  1. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..
Note: Petanda kiamat sudah dekat nie.. sy copy & paste dr email yg sy terima.. dah lamer sebenarnye.. sj nak masukkan lam n3 hrnie.. rasenyer ader banyak lg petanda yg dah berlaku skrg nie.. dan yg terbaru Gempa Bumi di Haiti.. tu pun bencana dr petanda juga kan..

24 Ulasan:

izan ishak said...

MasyaAllah...kiamat mmg dah dekat sangat! tp, kita blm cukup dgn bekalan yg nk dibawa ke akhirat nnti...

iedaLUVsham said...

thanxx :) sharing is caring tapi memang slalu takut hari jumaat coz kiamat akan datang pada hari jumaat

Ena said...

Izan:
tu la kan!.. tp preparation amatlah kurg.. camner la tu.. hu3x..

Ena said...

EidaLUVsham:
tu la eida.. hu3x.. mudah2an kiter lebh beringat2 setiap hr..

Nida said...

Ya Allah.. sudah terlalu hampir, almost apa yang n3 ni kemukakan sudah berlaku..

mamalieyna said...

Bagus masukkan kt sini..ingat mengingati...memang sudah hampir sesangat kan, tanda2 banyak sudah berlaku..so beringat ye kawan2! ^_^ Hari ni hari Jumaat, stp minggu ada hari Jumaat..

Ena said...

Nida:
tu la kak.. takutkan.. rasenyer semua dah berlaku dah.. hu3x..

Ena said...

Mamalieyna:
tul tu Mamalieyna..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

yes.
mmg dah dekat
takut nye
rasa cam kerdil je diri ni
byk lgi kene upgrade

sesamala kite ingat mengigati
thanx ena
kdg2 terleka ngan dunia
lupe benda2 ni..

zuwairiaiman said...

dah memang dekat sngt la law bace tu... satu2 mcm semua dah berlaku.. macm mane ni? x redi lagi ni

Mawar_berduri said...

rase gerun plak bile fikir kan....terima kasih kerana ingat-mengingati

♥♥syahadah♥♥ said...

mmg dah dekat aku jek belum insaf insaf lagi..
yelah semua dah berlaku tinggal nak tiup sangkakala jek kan

mamaaerish : said...

bersamalah kiter beringat... takut nih... sesungguhnyer... eb antara hambaNYER yg slalu terleka...

Tq 4 sharing walaupn dh byk kali bc... tapi ttp akn slalu luper... :(

.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said...

slm Ena..

bgs sharing info cam gini.. dah nak dkt kan tp amalan..Ya Allah..

Ena said...

Rose:
tu la rose.. bile terbace balik memg raser teramat gerun..

Ena said...

Zuwairiaiman:
Tu la kan.. alwayz leka.. tp seseklai terbace.. tersedar dr lamunan..

Ena said...

Mawar_berduri:
A'a.. memg gerun sbb x beraper nak ready lg.. hu3x..

Ena said...

Shahadah:
tu la kak hada.. takutkan.. tp pastu luper balik sumer nyer..

Ena said...

MamaAerish:
same2 la kiter.. :)

Ena said...

MamaDanish:
Bkn nak takutkan saper2.. tp just utk igt kan diri sendiri juge d samping ingatan kiter bersama.. maklum la manusia mudah lupa kan.. hu3x..

MaszLaVista said...

OMG! SUBHANALLAH...mintak2 mane2 yg tersesat tu cepat2 menyedari khilaf masing2...takot x sempat..skrg ni gempa dimana2 jer...mane tau esok luse kite plk kena..

rosma said...

Ya Allah ampunkan segala dosa2ku...takut utk menghadap hari tersebut..huhuhu

Ena said...

Mazs:
tu la Mazs.. memg ngeri kan!

Ena said...

Rosma:
Mudah2an la kan ROsma..