Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 4 September 2009

Tips Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati yang baik.
" Ya Allah, permudahkanlah diriku untuk mengikuti segala tips2 mencuci hati yang diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah ini.. Semoga hatiku dan pembaca sekalian bersih dari kekotoran" AMIN... (bila hati bersih tenang la kehidupan)
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh
    berkesan. Semasa berdoa turut katakan : "Ya Allah.. jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. paling minima 100x sebelum tidur. Ini
    merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan,
    fikiran dan jiwa menjadi tenang, dimurahkan rezeki, ramai orang sayangkan kita
    dan mencetuskan perkara kebaikan.
3. Solat Taubat- Selain daripada memohon keampunan, ianya dapat memcuci hati dan
    menenangkan minda/jiwa.
4. Membaca Al-Quran- Selain dapat mencuci hati ia juga dapat menenangkan jiwa,
    penyembuh dan terapi. Katakanlah "Aku sebenarnya...(perkara yang elok2 belaka).
5. Bermaaf-maafan sesama kawan2, ibu bapa, jiran tetangga dan suami isteri
    terutamanya setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara positif - Jangan sesekali mengkritk, kutuk diri sendiri,
    merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah.. "Aku sebenarnya.
    (perkara yang elok2 sahaja)
7. Program minda/cuci minda- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum,
    pejam mata. Katakan didalam hati : "Ya Allah, cuci otakku dan hatiku. Esok nak
    jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif". Menurut kajian psikologi,
    apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga  
    keesokan harinya - CUBALAH!!)
8. Berpuasa sunat - Berpuasa dapat menghindarkan diri dari melakukan kejahatan
9. Mengingati mati - Sekiranya ada keinginan untuk melakukan kejahatan, kita akan
    mengingati mati dan melupakan niat untuk melakukan kejahatan.
10. Kekalkan wuduk
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan/mengadakan kenduri kesyukuran
13. Jaga pemakanan- menjauhi makanan yang subhat (was2 sama ada halal atau
      tidak)
14. Berkawan dengan ulama/bijak pandai /orang baik2
15. Berkawan dengan orang miskin - Dapat menginsafi diri dan mensyukuri nikmat
      yang telah dikurniakan
16. Saling ingat-mengingati / nasihat - menasihati
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dll anggota) - Tidak mengumpat dan
      mendengar umpatan
"Semoga segala tips yang ada ni dapat membantu kita memperbaiki diri lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini dan dapat meneruskannya dalam kehidupan harian kita. Insyaallah.. Amin

0 Ulasan: