Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Monday, 7 September 2009

Aku berceramah..

Sempena bulan Ramadhan ni banyak teman2 yang buat reunion..jumpa kawan2 lame..teman2 yang lamer tak jumpa. yerlaa.. mase ni la kebanyakkan daripada kita berkumpul bersama keluarga. Yang selalu wat OT tu kebanyakannya x buat sempena Ramadhan ni sebab nak luangkan masa bersama keluarga.. Tapi ada gak yang masih wat sebab kumpul duit nak sambut raya..
Ada bagusnya perjumpaan dengan teman2 lamer ni dapat mengeratkan kembali hubungan silaturahim sesama kita. Apa tak nyer.. ada yang dah bertahun tak jumpa tapi bila tiba puasa or raya jumpa la pulak..  haaa masa tu macam2 cerita leh di kongsi bersama. Ada yang dah kawen, beranak pinak, dan ada juga yang masih mengekalkan title bujang tu.. hmm mungkin belum sampai seru.. jadi kita doakan lah pada yang belum berumahtangga tu agak dipermudahkan segala urusan. Mungkin dah berpunya cuma belum rezeki. Harap2 doa teman2 mempercepatkan lagi urusan mereka2 ni.. Amin..
Dalam duk seronok jumpa teman2 lama tu.. jangan sampai kita lupa pada tanggungjawab kita yang utama untuk menunaikan solat walau di mana kita berada.. yer la.. siang hari berpuasa bukan main tetiba jumpa teman2 langsung leka dan terlalai pada kewajipan yang satu tu.. Pahala puasa kita akan menjadi kurus kerana kelalaian kita sekiranya alpa dengannya. Haa.. sape yang rugi? Jadi tempat nak buat perjumpaan ni kena la strategik dan lengkap dengan kemudahan yang kita perlukan.. Ni tak perut dah kenyang, tetiba nak solat tempat pulak tak disediakan (alasan bagi mereka2 yang culas). Kita sedia maklum bahawa islam itu indah dan mudah.. cukup dengan ambil air sembahyang, lengkap atau sempurna aurat kita di tutup selagi tempat tu tidak ada najis.. kita boleh mendirikan solat waima di tepi jalan sekalipun.. tapi tu la kita tahu akan syarat tapi segan nak tunaikannya.. Hmm kes berat ni.. dan buat mereka2 yang nak buat pertemuan2 macam ni kena la plan betul2.. dan kena juga saling ingat mengingati.. Bukan apa cuba kita bayangkan.. sedang kita makan dan seronok hu ha hu ha ngan sahabat2 kita.. ada juga bangsa lain yang peka pada kewajipan rutin kita dan mempersoalkan tanggungjawab kita? apa perasaan kita masa tu? Malu kan.. jadi tepuk dada tanya la IMAN..
Waaahhh.. berceramah la pulak.. bukan apa untuk mengingatkan diri sendiri juga sebernarnya..

0 Ulasan: