Di sini hanya ada cerita dari rutin kehidupan saya dan orang-orang yang ada sekeliling saya. Apa yang terpapar hanya bicara dari hati yang sekadar buat tatapan di masa akan datang. Tiada unsur menunjuk-nunjuk atau riak. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Asalkan kita tidak memburukkan orang lain sudah!

Friday, 21 November 2014

Abang Bosar



(>____<)



Hai!! Ke mana korang tengahari ni? kita dok depan pc saje lah jawabnya.. Nak tido x plak mata ni mau lelap.. Klu x, pangtang ari Jumaat mesti nak melayan mata sesaje.. heheh.. Tapi kita x de apa lah yang nak direpekkan sangat. Cuma rentetan entry di bawah tu.. kita dah decide dah nak buat khatan anak bujang kita tu kat klinik je.. dan dekat aje pun dengan rumah. Tanya kawan2 kat ofis ni, kebanyakkan nya buat kat klinik aje.. ada jua yang join kan anak2 dorang dalam Program berkhatan beramai2.. Memula rasa mcm.. ok juga tu.. tp bila dikenangkan kot tetiba ada yang menangis ke lari ke apa ke kan.. dah mempengaruhi si bujang yang tengah semangat nak khatan jadi x jadi plak kang.. so, kita buat kat klinik aje lah. Ok makanya entry ni citer utk dia sajalah..  







Nampak x foto yang dipegang tu? kata atukknya dia simpan sbb mcm muka Ammar Irfan.. Bila kita tenung2 tu.. ada la iras2 tu.. tp anak bujang ni idungnya x mcm kat dalam gambar tu... hihihi





Ni kejadian masa ari konvo yang lepas..





Gambar kenang2an dengan cikgu dan kawan2 PASTI nya. ramai lagi sebenarnya tp ni je yg ada dalam gambo.. 





Besday nya dah lama berlalu.. bulan puasa yang lepas, ada rasanya entry utk dier, tapi nak jugak dier potong kek dengan kawan2.. so, kita penuhi permintaannya tapi simple2 aje la... 




Ok la.. x de apa lagi nak celoteh. Ok,
 jom tido.. :P






Nota kaki: 
1. Anak bujang ni asyik la request baby... katanya, semua kawan2 Ammar ada adik, ammar je x de.. (V__V)

2.Risau juga dengan cerita banjir di Terengganu, ada majlis pertunangan adik kita Disember ni.. harap2 semuanya ok la.. dan pada mangsa banjir di harap semuanya dalam keadaan baik2 aje.. 









Tuesday, 18 November 2014

Haruskah Kuterus Melayani Perasaan.. Meski pun kutahu ini hanyalah hayalan...



erkkkk??? abaikan tajuk diatas
 Peace!!




Tetiba tangan macam nak menaip... Pada kita yang berblog hanya ikut mood ni.. hanya sekadar meluahkan rasa hati.. berkongsi rasa suka dan duka.. (antara sampai dengan tidak aje lah penyampaian tu) mencari dan mengeratkan hubungan sesama kita di alam maya.. Ada rezeki, kot terjumpa di alam realiti.. 


Kita cuma nak kongsi kata-kata semangat mcm kat bawah ni:-



Lihatlah mereka yang lebih banyak 
Kekurangan daripada kamu
Supaya kamu belajar menghargai dan
Sentiasa Bersyukur 
Berusahalah menjadi yang lebih baik 
Dari semalam 
Walaupun hari ini mungkin kamu GAGAL
Selalulah meminta pada NYA
Tanpa ada rasa Prejudis
Kerana DIA memberi 
Selayaknya Apa yang kamu PERLU Sahaja
Bukan apa yang kamu mahu..




Notakaki:
Kita sedang mencari2 klinik untuk khatan. Ada ke sesape yang ada pengalaman ni? kat mana la agaknya nak buat khatan utk si teruna kita ni?